Wednesday, May 6, 2009

Peragut satu bencana

















Jitra 13 April - Seorang bayi berusia 15 bulan terpaksa menjalani 24 jahitan pada kepala selepas cedera parah akibat terjatuh dari motosikal yang ditendang oleh seorang peragut di Kampung Putat, Jalan Kodiang dekat Jitra, Kedah, kelmarin.Ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, bayi berkenaan, Iskandar Zulkarnain duduk di antara penunggang motosikal, Aida Rayani Md. Isa, 24, dan ibunya, Norshaheila Hashim, 24, yang membonceng.

Gambar di atas:- Mangsa tahun 2006.

















Mangsa ragut Puan Suhaida Abd Rahman, 34, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Gambar di atas : Mangsa ragut Januari 2009.













RAZALI Ahmad memeluk dua anak tirinya, Puteri Norasikin Salleh dan Mohamad Khairi Ridwan Salleh ketika menunggu di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam untuk menuntut jenazah isterinya, Jamilah Selamat (gambar kecil), yang menjadi mangsa ragut di Taman Mekar Air Hitam, Johor. Jamilah yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma tiga hari.



Gambar di atas:- Mangsa terbaru April 2009


Mengapa peragut terus berleluasa? Berapa ramai lagi mangsa dan keluarga mangsa perlu menanggung siksa dan kehilangan akibat jenayah yang dilakukan oleh manusia tidak berakal(peragut).

oleh Mat Nun

____________________________________________

KOMEN BLOGGER

1 comment:

  1. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

    Kadangkala kita manusia lupa asal usul kita sehinggakan sanggup mendatangkan bencana kepada orang lain. Lupakah kita suatu ketika dahulu kita juga menangis pada mulanya melihat dunia. Lupakah kita bahawa seketika sahaja lagi kita boleh dipanggil mengadapNya.

    Kesempitan hidup bukan alasan untuk kita mengambil kesempatan ke atas orang lain. Merampas kebahagiaan daripada sebuah keluarga, meranapkan kasih sayang seorang anak terhadap ibunya dan paling kejam menarik nyawa insan yang tidak berdosa.

    Itukah yang dikatakan manusia moden di zaman serba maju dan canggih. Semakin hari semakin banyak insan tak berdosa menjadi mangsa. Bangkitlah wahai insan yang bermoral dan bertamadun serta beragama. Sedarlah diri

    ReplyDelete