Monday, May 11, 2009

Dunia Global

P1 berjaya demo WIMAX mudah alih
Oleh Husain Jahit
husain@hmetro.com.my


PENYEDIA perkhidmatan rangkaian jalur lebar WiMAX, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), berjaya membuat demonstrasi kelancaran perkhidmatannya di dalam kenderaan yang bergerak, sekali gus membuktikan kualiti tinggi perkhidmatan yang ditawarkan.

Demonstrasi di hadapan lebih 50 wakil operator dari seluruh dunia, media dan ahli Forum WiMAX termasuk presiden dan pengerusinya, Ron Resnick itu adalah buat julung kalinya diadakan sempena Kongres Asia Forum WiMAX 2009 yang akan berlangsung di Singapura pada 28 hingga 29 April lalu.

Ketua Eksekutif P1, Michael Lai, berkata kejayaan itu juga membuktikan keterajuan P1 di seluruh dunia mengenai guna pakai WiMAX serta anjakan ekosistem produk dan perkhidmatan tanpa wayar mudah alih.

Demonstrasi secara langsung itu merangkumi beberapa aplikasi online termasuk sistem pemantau keselamatan berkamera litar tertutup (CCTV), panggilan suara ke telefon bimbit, pindah turun data video dan capaian Internet.

"Demonstrasi diadakan di Johor Bahru sejajar dengan komitmen P1 menyediakan jalur lebar untuk semua demi menyahut seruan kerajaan menyediakan sehingga 50 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang 2010," katanya.

Dengan kejayaan kebolehoperasian WiMAX di dalam kedneraan yang bergerak itu, ia membuktikan WiMAX akan dapat memenuhi keperluan semasa dengan cepat dan menambah capaian kepada kaedah sedia ada termasuk WiFi, 3G dan HSDPA. Dalam pada itu, WiMAX juga boleh saling beroperasi di antara beberapa rangkaian itu.

Menurut Michael, P1 kini menjadi juara dunia dalam penyediaan WiMAX, sekali gus menjadi kajian kes yang berjaya kepada perniagaan WiMAX seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment