Monday, May 11, 2009

Minta Derma untuk Sekolah- Patutkah?

Saya sebenarnya tertarik untuk membicarakan berkenaan satu masalah yang mungkin dianggap remeh namun ia telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pihak untuk meneruskan aktiviti tersebut.

Dalam 2 minggu lepas saya yang menetap di Shah Alam telah ke Stesen Minya Petronas berdekatan dengan Hotel Concord. Disana saya terlihat seorang kanak-kanak yang berkopiah putih dan menyandang beg galas sedang kesana kemari seperti menanyakan sesuatu kepada pelanggan di stesen minyak berkenaan. Sebenarnya situasi ini acap kali dapat kita lihat di Shah Alam samada di stesen minyak ataupun di gerai-gerai makan.

Pada masa mengisi minyak saya dipanggil oleh kanak-kanak lelaki berkenaan, sebenarnya saya telah perasan akan beliau dari awal lagi, tetapi saja saya buat tak tahu. kemudian beliau terus menghampiri saya dan menyapa dengan "Assalamualaikum.." saya pun jawab Wa'alaikumsalam. tanpa banyak soal saya terus ja tanya si budak ini tadi, " Dari mana?" dan beliau cakap dari Sekolah Agama di satu daerah Kuala Kedah. Sebenarnya sadis saya melihat keadaan beliau pada ketika itu. Jika mak bapak beliau melihatnya mesti tak dibenar anaknya belajar di sekolah tersebut. yang membiarkan anaknya meminta derma. dan entah makan atau pun tidak ... begitu lesu keadaannya.

Saya bertanya lagi "Asal mana?" dan dijawab "Perlis". Memandangkan saya pun tinggal di perlis maka saya pun tanya lagi.. " perlis tu kat mana?" dan dijawab " kat wang kelian"..
kemudian kanak-kanak ini menghulurkan satu ubat sapu Bum kepada saya dan katanya harga RM10.. tetapi saya cakap "saya tak mahu sbb dah ada satu kat rumah" dan saya hulurkan derma ikhlas saya tanpa membeli produk berkenaan.

Selang 2 hari kemudian saya bersama isteri telah ke Restoran di Seksyen 11 Shah Alam untuk makan malam. Tengah dok asyik makan bubur nasi.. datang lagi seorang kanak-kanak yang keadaannya sama seperti kanak sebelumnya cuma rupa saja yang tidak sama(orang lain) . aksinya seperti kanak-kanak yang 2 hari lepas yang saya jumpa. Saya pun bertanya lagi " dari mana?" dan jawabnya " dari sekolah agama ... di Kuala Kedah ". dan saya tanya lagi "asal mana"
dan dijawab "asal johor". tergerak hati kecil saya nak bertanya lagi, "adik dak makan ke?" dan dijawap "baru lepas makan". Saya pun menghulur derma saya dan beliau terus berlalu.

KEMUSKILAN SAYA.

  1. Mengapa perkara ini berlaku?
  2. Kenapa kanak-kanak ini diarah meminta derma sedangkan pada masa yang sama kanak-kanak seumur mereka sedang sibuk belajar?
  3. Jika kanak-kanak dibenarkan oleh ibu bapa untuk bantu sekolah minta derma, kemanakah guru / ustaz yang mengawasi dan memantau?
  4. Jika berlaku apa-apa siapakah yang akan dipertanggungjawabkan?
  5. Apakah kerajaan negeri tidak mengambil sebarang enisiatif untuk membantu sekolah ini?
  6. Adakah kerajaan pusat tidak memantau kedudukan sekolah ini bagi memberi apa-apa bantuan?
  7. Kanak-kanak ini adalah generasi yang akan datang. Adakah kerajaan sekarang mahu lihat budaya minta derma jalanan berterusan dan terus dibawa oleh mereka ini di masa kana datang?
Marilah kita renung bersama untuk generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment