Thursday, May 7, 2009

2 lagi mangsa ragut - Apa Nak Jadi?

Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di Kampung Padang Raja Melor, Kota Bharu dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.














MOHD Zani Awang menatap jenazah isterinya, Saripah yang maut diragut di Kampung Padang Raja Melor, Kota Bharu, semalam.




Gambar 1:- Tom Salleh, 86, meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk ke dinding akibat ditumbuk seorang lelaki yang meragut rantai emas anaknya di rumah mereka di Kampung Besar, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin




Dambar 2 :-Dalam kejadian di Padang Raja, Melor di sini kira-kira jam 10.50 pagi semalam, Saripah Mohd Noor, 33, yang hamil, tercampak dari motosikal apabila beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal sebelum dirempuh sebuah kereta. Ibu lima anak itu, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Jel, Repek dekat Bachok, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.



[KOMEN PENULIS]

Mengapa perkara ini berlaku? Siapakah yang patut dipentanggungjawabkan?
Inilah persoalan yang akan bermain di minda pabila perkara ini difikirkan dan dibincangkan.














Penjenayah
Merujuk kepada orang yang melakukan jenayah ini, sebenarnya beberapa persoalan perlu diteliti dan dititik beratkan.
"Siapa?Bila?Dimana?Mengapa?"
Siapa mereka(penjenayah)?
Pada kebiasaannya, kebanyakan daripada warga persatuan peragut ini adalah terdiri daripada mereka yang terlibat dengan dadah dan selebihnya adalah remaja yang bermasalah. Selain itu ada juga sindiket yang melakukan jenayah ragut dimana beberapa orang yang terbabit merancang jenayah yang akan dilakukan.
Bila perkara ini berlaku?
Jenayah ini tidak mengira masa, penjenayah hanya menunggu peluang.
Dimana berlaku?
Jenayah ini juga tidak mengira tempat, samada ditempat yang ramai orang atau pun tempat yang sunyi. penjenayah bertindak asalkan ada peluang untuk mendapatkan hasil.
Mengapa perkara ini berlaku?
Ini adalah persoalan yang paling penting. Mengapa perkara ini berlaku( fokus kepada penjenayah) . Perkara ini berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan mendesak.
Untuk mengelak kejadian terus berulang kita perlu melihat setiap fungsi lapisan masyarakat dan pihak berkuasa dalam menjayakan usaha ini. Pada pandangan saya pihak berkuasa perlu meningkatkan usaha membanteras dan mengesan penagih dadah yang bercambah di setiap daerah dan kampung-kampung. Kerana mereka ini lah antara golongan yang terdesak untuk mencari wang, mereka ini juga adalah golongan yang terpinggir dari masyarakat dan juga pekerjaan.
Ini menyebabkan mereka ini hidup tanpa pendapatan dan dalam pada masa yang sama memerlukan wang untuk menampung keperluan dadah mereka. Untuk meletak tanggungjawab 100% kepada pihak berkuasa juga adalah tidak wajar kerana masyarakat juga memainkan peranan penting dimana masyarakat ataupun keluarga yang mengetahui aktiviti penagihan dadah yang dilakukan oleh ahli keluarga ataupun ahli masyarakat di kawasan tersebut, maka mereka perlulah bersuara dan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan.
Dalam perkara ini tidak perlu lah kita menunding jari sesama kita samada masyarakat ataupun puhak berkuasa. Marilah kita sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi membanteras perkara ini.

1 comment:

  1. "Siapa yang membiasakan baca zikir dan berdoa selesai solat lima waktu, khususnya sesudah solat Jumaat, maka ia dijaga oleh Allah dari semua yang ditakutinya, dibantu dapat mengalahkan atau melemahkan musuhnya. Diberi kekayaan dan kecukupan, diberi rezeki dengan tak terbilang dan tak terkira datangnya serta dipermudahkan penghidupannya sehingga dapat membayar hutangnya sekalipun mempunyai hutang seperti gunung. Cara mengamalkannya cukup dibaca sekali pada waktu seperti tersebut."


    Subhanallah…. Dunia kini semakin menggila dan sudah tidak selamat lagi. Wahai kawan-kawanku diluar sana marilah kita bersama-sama mengingati dan kembali kepada asas pegangan kita. Sesungguhnya kita dilahirkan di muka bumi ini untuk menjadi hamba kepadaNya dan saling menghormati antara kita.

    Ushahlah disia-siakan usia yang ada kerana seketika nanti kita akan dijemput kembali kepadaNya. Berserahlah dan bertawakallah kepada yang Maha Esa. Amin….

    ReplyDelete