Gejala lumba haram yang begitu sinonim dengan istilah 'merempit' semakin kronik dan sikap masyarakat menuding jari kepada pihak penguat kuasa memburukkan lagi keadaan.Kegiatan ini bukan perkara baru dan kegagalan menanganinya disebabkan oleh sikap masyarakat itu sendiri dan tidak boleh menunding jari semata-mata kepada pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membanteras gejala ini, malah ia sewajarnya dipuji, namun masyarakat juga perlu berperanan untuk bersama-sama menanganinya.Usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa baru-baru ini amatlah perlu dan diharap berterusan bagi membanteras gejala lumba haram terutamanya di ibu negara.Selain itu difahamkan pihak berkuasa juga mengadakan operasi bersepadu di tiga negeri lain iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Merempit bukan budaya kita, bukan budaya orang Malaysia namun disebabkan kurangnya perhatian ibu bapa menyebabkan anak-anak ini tidak membesar dalam persekitaran yang sihat.
Perkara yang lebih membimbangkan susulan dari gejala Mat rempit ini adalah ianya akan mengundang kepada masalah jenayah lain seperti pergaduhan, merompak, ragut, rogol dan sebagainya.
Maka ibu bapa merupakan institusi utama yang perlu dipersalahkan kerana tidak memantau pergerakan anak-anak sekali gus mencerminkan kegagalan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab keibubapaan.
Oleh Mat Nun
_________________________________________________
KOMEN BLOGGER
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
ReplyDelete