Monday, May 11, 2009

Minta Derma untuk Sekolah- Patutkah?

Saya sebenarnya tertarik untuk membicarakan berkenaan satu masalah yang mungkin dianggap remeh namun ia telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pihak untuk meneruskan aktiviti tersebut.

Dalam 2 minggu lepas saya yang menetap di Shah Alam telah ke Stesen Minya Petronas berdekatan dengan Hotel Concord. Disana saya terlihat seorang kanak-kanak yang berkopiah putih dan menyandang beg galas sedang kesana kemari seperti menanyakan sesuatu kepada pelanggan di stesen minyak berkenaan. Sebenarnya situasi ini acap kali dapat kita lihat di Shah Alam samada di stesen minyak ataupun di gerai-gerai makan.

Pada masa mengisi minyak saya dipanggil oleh kanak-kanak lelaki berkenaan, sebenarnya saya telah perasan akan beliau dari awal lagi, tetapi saja saya buat tak tahu. kemudian beliau terus menghampiri saya dan menyapa dengan "Assalamualaikum.." saya pun jawab Wa'alaikumsalam. tanpa banyak soal saya terus ja tanya si budak ini tadi, " Dari mana?" dan beliau cakap dari Sekolah Agama di satu daerah Kuala Kedah. Sebenarnya sadis saya melihat keadaan beliau pada ketika itu. Jika mak bapak beliau melihatnya mesti tak dibenar anaknya belajar di sekolah tersebut. yang membiarkan anaknya meminta derma. dan entah makan atau pun tidak ... begitu lesu keadaannya.

Saya bertanya lagi "Asal mana?" dan dijawab "Perlis". Memandangkan saya pun tinggal di perlis maka saya pun tanya lagi.. " perlis tu kat mana?" dan dijawab " kat wang kelian"..
kemudian kanak-kanak ini menghulurkan satu ubat sapu Bum kepada saya dan katanya harga RM10.. tetapi saya cakap "saya tak mahu sbb dah ada satu kat rumah" dan saya hulurkan derma ikhlas saya tanpa membeli produk berkenaan.

Selang 2 hari kemudian saya bersama isteri telah ke Restoran di Seksyen 11 Shah Alam untuk makan malam. Tengah dok asyik makan bubur nasi.. datang lagi seorang kanak-kanak yang keadaannya sama seperti kanak sebelumnya cuma rupa saja yang tidak sama(orang lain) . aksinya seperti kanak-kanak yang 2 hari lepas yang saya jumpa. Saya pun bertanya lagi " dari mana?" dan jawabnya " dari sekolah agama ... di Kuala Kedah ". dan saya tanya lagi "asal mana"
dan dijawab "asal johor". tergerak hati kecil saya nak bertanya lagi, "adik dak makan ke?" dan dijawap "baru lepas makan". Saya pun menghulur derma saya dan beliau terus berlalu.

KEMUSKILAN SAYA.

  1. Mengapa perkara ini berlaku?
  2. Kenapa kanak-kanak ini diarah meminta derma sedangkan pada masa yang sama kanak-kanak seumur mereka sedang sibuk belajar?
  3. Jika kanak-kanak dibenarkan oleh ibu bapa untuk bantu sekolah minta derma, kemanakah guru / ustaz yang mengawasi dan memantau?
  4. Jika berlaku apa-apa siapakah yang akan dipertanggungjawabkan?
  5. Apakah kerajaan negeri tidak mengambil sebarang enisiatif untuk membantu sekolah ini?
  6. Adakah kerajaan pusat tidak memantau kedudukan sekolah ini bagi memberi apa-apa bantuan?
  7. Kanak-kanak ini adalah generasi yang akan datang. Adakah kerajaan sekarang mahu lihat budaya minta derma jalanan berterusan dan terus dibawa oleh mereka ini di masa kana datang?
Marilah kita renung bersama untuk generasi akan datang.

Dunia Global

P1 berjaya demo WIMAX mudah alih
Oleh Husain Jahit
husain@hmetro.com.my


PENYEDIA perkhidmatan rangkaian jalur lebar WiMAX, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), berjaya membuat demonstrasi kelancaran perkhidmatannya di dalam kenderaan yang bergerak, sekali gus membuktikan kualiti tinggi perkhidmatan yang ditawarkan.

Demonstrasi di hadapan lebih 50 wakil operator dari seluruh dunia, media dan ahli Forum WiMAX termasuk presiden dan pengerusinya, Ron Resnick itu adalah buat julung kalinya diadakan sempena Kongres Asia Forum WiMAX 2009 yang akan berlangsung di Singapura pada 28 hingga 29 April lalu.

Ketua Eksekutif P1, Michael Lai, berkata kejayaan itu juga membuktikan keterajuan P1 di seluruh dunia mengenai guna pakai WiMAX serta anjakan ekosistem produk dan perkhidmatan tanpa wayar mudah alih.

Demonstrasi secara langsung itu merangkumi beberapa aplikasi online termasuk sistem pemantau keselamatan berkamera litar tertutup (CCTV), panggilan suara ke telefon bimbit, pindah turun data video dan capaian Internet.

"Demonstrasi diadakan di Johor Bahru sejajar dengan komitmen P1 menyediakan jalur lebar untuk semua demi menyahut seruan kerajaan menyediakan sehingga 50 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang 2010," katanya.

Dengan kejayaan kebolehoperasian WiMAX di dalam kedneraan yang bergerak itu, ia membuktikan WiMAX akan dapat memenuhi keperluan semasa dengan cepat dan menambah capaian kepada kaedah sedia ada termasuk WiFi, 3G dan HSDPA. Dalam pada itu, WiMAX juga boleh saling beroperasi di antara beberapa rangkaian itu.

Menurut Michael, P1 kini menjadi juara dunia dalam penyediaan WiMAX, sekali gus menjadi kajian kes yang berjaya kepada perniagaan WiMAX seluruh dunia.

SEMPENA HARI IBU 2009


PUISI UNTUK IBU



Pernah aku ditegur

Katanya untuk kebaikan

Pernah aku dimarah

Katanya membaiki kelemahan

Pernah aku diminta membantu

Katanya supaya aku pandai

Ibu…..

Pernah aku merajuk

Katanya aku manja

Pernah aku melawan

Katanya aku degil

Pernah aku menangis

Katanya aku lemah

Ibu…..

Setiap kali aku tersilap

Dia hukum aku dengan nasihat

Setiap kali aku kecewa

Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat

Setiap kali aku dalam kesakitan

Dia ubati dengan penawar dan semangat

Dan

Bila aku mencapai kejayaan

Dia kata bersyukurlah pada Tuhan

Ibu……

Dia senyum bila aku senyum

Dia ketawa bila aku ketawa

Namun…..

Tidak pernah aku lihat air mata dukamu

Mengalir di pipimu

Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….

Aku sayang padamu…..

Tuhanku….

Aku bermohon padaMu

Sejahterakanlah dia

Selamanya…..


[DIMAKLUMKAN INI BUKAN MILIK BLOGGER TAPI DICOPY DARI LAMAN WEB
http://sitiomar.multiply.com/journal/item/108]

KOMEN BLOGGER

Harapan Mat Nun supaya kita dapat dikongsi bersama maksud puisi ini....
dan ingatlah pengorbanan Ibu.

KES HINA AGAMA ISLAM - MENGAPA BERLAKU?

PENANG, May 8 — A lecturer with Universiti Sains Malaysia (USM) today lodged a police report over a video clip which allegedly insulted and belittled Islam.

The lecturer in the USM Communications Department, Prof Madya Muhammad Hatta Muhammad Tabut said the video clip lasting 1 minute 23 seconds was posted in the website YouTube by someone under the name ‘Streeticeshark’ about two months ago.

“The video clip shows a shirtless man wearing jeans praying toward a verse taken from the Al-Quran and saying, ‘sabda Rasulullah (saw.), marilah kita semua orang Melayu makan babi’ (the Rasulullah (Prophet) said, let us all the Malays eat pork).

“The video clip also showed him mimicking the ‘azan’ or Muslim call for prayer which had been watched by 9,032 visitors to the international video-archiving website,” he told reporters after making the police report at the Jalan Patani Police Station, here.

Muhammad Hatta said he had made an investigation and the Internet Protocol (IP) of the address showed that it was registered in Kota Baharu, Kelantan.

[Laporan Bernama]


Komen Blogger

Mengapa perkara hina-menghina agama islam oleh kaum lain masih berlaku? adakah mereka ini tidak faham?

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Ini bermakna agama Islam dalam negara ini mempunyai keistimewaan dari agama-agama lain.

Mengapa mereka ini masih melakukan perkara yang sama?

Cukuplah dengan Lagu menghina Negara(NEGARKUKU) yang mana diselit juga menghina Agama Islam.

Janganlah mewujudkan suasana yang tidak sihat antara kaum.

Adakah anda semua pernah melihat video menghina agama lain selain agama islam di MALAYSIA oleh orang melayu / orang beragama Islam?

JAWAPAN SAYA ADALAH TIDAK ADA. KERANA AJARAN ISLAM ITU SENDIRI MENGAJAR UMATNYA BERBUAT BAIK DAN MENGHORMATI AGAMA LAIN.

Di dalam Al Quran Surah An Nisa ayat 90 dan 91 Allah menyebutkan, bahwa jika yang datang kepada kita untuk melakukan perdamaian itu adalah orang-orang kafir, maka kaum muslimin haruslah menerima tawaran itu dan menjauhkan senjata dari tangan mereka, tegasnya.Hal itu juga menunjukkan, bahwa kaum muslimin bukanlah yang memulai peperangan.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang juga memiliki kawan dan sahabat yang terdiri dari kaum lain tahu bahawa ada yang faham akan kebebasan agama dan kehormatan agama itu sendiri. Dan perkara ini berlaku adalah kerana ada segelintir dari kaum tersebut yang jahil dan tidak faham hidup berbilang kaum dan agama. Kita tidak seharusnya menghina lain-lain agama kerana ini akan menyebabkan ketidakpuasan dan mewujudkan suasana yang tidak baik.

Yang salah tetap salah dan memohon pihak berkuasa bertindak keatas mereka ini bagi menjamin keharmonian masyarakat berbilang kaim di negara ini.

"ALLAHUAKHBAR"


Thursday, May 7, 2009

RAMALAN: EKONOMI MALAYSIA MELESET PADA 2009-2013 & 2020 - 2024

Saturday, 12. August 2006, 18:18:23

Pada Januari 2006 saya meramalkan bahawa ekonomi Malaysia akan mengalami kemelesetan pada 2009--2013 dan 2020--2024. Saya membuat ramalan ini berdasarkan intuisi semata-mata tanpa disokong oleh fakta, tetapi terdorong setelah mengamati graf yang menunjukkan tren kitaran perniagaan di Malaysia sejak 1966 hingga 2000.

Sepanjang tempoh tersebut Malaysia pernah mencatatkan penurunan ekonomi dengan kadar pertumbuhan output benar di bawah 5% pada tahun 1967, 1% pada 1974-1975, -2% pada 1985-1986 dan yang terakhir -7% pada 1997-1998.
1967 - kejatuhan pertama setelah 1963 (Malaysia terbentuk)
1974-1975 - akibat krisis harga minyak dunia
1985-1986 - akibat kejatuhan harga komoditi; dan
1997-1998 - akibat krisi kewangan di Asia

Jika kita melihat kepada graf tersebut, ekonomi Malaysia pasti akan mengalami kejatuhan bukan sahaja pada selang yang hampir sekata, iaitu setiap 10 tahun, bahkan juga mengikut nilai kejatuhan yang seragam. Dengan melihat kepada graf ini juga, justeru intuisi saya meramalkan bahawa tren tersebut akan berulang seperti yang berikut:
1967 - kejatuhan pertama setelah 1963 (Malaysia terbentuk)
1974-1975 - akibat krisis harga minyak dunia
1985-1986 - akibat kejatuhan harga komoditi; dan
1997-1998 - akibat krisi kewangan di Asia

2009-2013 - akibat krisis politik dalam negeri; dan
2020-2024 - akibat krisis sumber manusia

Saya juga meramalkan bahawa krisis ekonomi pada 2009--2013 adalah lebih gawat berbanding keadaan 1997-1998, mungkin mencatatkan sehingga ke paras -10% dan lebih teruk lagi pada tahun 2020-2024 itu yang berkemungkinan akan mencatatkan 16% di bawah sifar.

Justeru wahai bangsaku, marilah kita berwaspada dan bersatu teguh bercerai roboh agar negara kita dan kita sendiri tidak mengalami seperti apa yang dialami pada zaman Nabi Yusuf.

Sumber my.opera.com

2 lagi mangsa ragut - Apa Nak Jadi?

Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di Kampung Padang Raja Melor, Kota Bharu dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.














MOHD Zani Awang menatap jenazah isterinya, Saripah yang maut diragut di Kampung Padang Raja Melor, Kota Bharu, semalam.




Gambar 1:- Tom Salleh, 86, meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk ke dinding akibat ditumbuk seorang lelaki yang meragut rantai emas anaknya di rumah mereka di Kampung Besar, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin




Dambar 2 :-Dalam kejadian di Padang Raja, Melor di sini kira-kira jam 10.50 pagi semalam, Saripah Mohd Noor, 33, yang hamil, tercampak dari motosikal apabila beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal sebelum dirempuh sebuah kereta. Ibu lima anak itu, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Jel, Repek dekat Bachok, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.



[KOMEN PENULIS]

Mengapa perkara ini berlaku? Siapakah yang patut dipentanggungjawabkan?
Inilah persoalan yang akan bermain di minda pabila perkara ini difikirkan dan dibincangkan.














Penjenayah
Merujuk kepada orang yang melakukan jenayah ini, sebenarnya beberapa persoalan perlu diteliti dan dititik beratkan.
"Siapa?Bila?Dimana?Mengapa?"
Siapa mereka(penjenayah)?
Pada kebiasaannya, kebanyakan daripada warga persatuan peragut ini adalah terdiri daripada mereka yang terlibat dengan dadah dan selebihnya adalah remaja yang bermasalah. Selain itu ada juga sindiket yang melakukan jenayah ragut dimana beberapa orang yang terbabit merancang jenayah yang akan dilakukan.
Bila perkara ini berlaku?
Jenayah ini tidak mengira masa, penjenayah hanya menunggu peluang.
Dimana berlaku?
Jenayah ini juga tidak mengira tempat, samada ditempat yang ramai orang atau pun tempat yang sunyi. penjenayah bertindak asalkan ada peluang untuk mendapatkan hasil.
Mengapa perkara ini berlaku?
Ini adalah persoalan yang paling penting. Mengapa perkara ini berlaku( fokus kepada penjenayah) . Perkara ini berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan mendesak.
Untuk mengelak kejadian terus berulang kita perlu melihat setiap fungsi lapisan masyarakat dan pihak berkuasa dalam menjayakan usaha ini. Pada pandangan saya pihak berkuasa perlu meningkatkan usaha membanteras dan mengesan penagih dadah yang bercambah di setiap daerah dan kampung-kampung. Kerana mereka ini lah antara golongan yang terdesak untuk mencari wang, mereka ini juga adalah golongan yang terpinggir dari masyarakat dan juga pekerjaan.
Ini menyebabkan mereka ini hidup tanpa pendapatan dan dalam pada masa yang sama memerlukan wang untuk menampung keperluan dadah mereka. Untuk meletak tanggungjawab 100% kepada pihak berkuasa juga adalah tidak wajar kerana masyarakat juga memainkan peranan penting dimana masyarakat ataupun keluarga yang mengetahui aktiviti penagihan dadah yang dilakukan oleh ahli keluarga ataupun ahli masyarakat di kawasan tersebut, maka mereka perlulah bersuara dan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan.
Dalam perkara ini tidak perlu lah kita menunding jari sesama kita samada masyarakat ataupun puhak berkuasa. Marilah kita sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi membanteras perkara ini.

Wednesday, May 6, 2009

Peragut satu bencana

















Jitra 13 April - Seorang bayi berusia 15 bulan terpaksa menjalani 24 jahitan pada kepala selepas cedera parah akibat terjatuh dari motosikal yang ditendang oleh seorang peragut di Kampung Putat, Jalan Kodiang dekat Jitra, Kedah, kelmarin.Ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, bayi berkenaan, Iskandar Zulkarnain duduk di antara penunggang motosikal, Aida Rayani Md. Isa, 24, dan ibunya, Norshaheila Hashim, 24, yang membonceng.

Gambar di atas:- Mangsa tahun 2006.

















Mangsa ragut Puan Suhaida Abd Rahman, 34, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Gambar di atas : Mangsa ragut Januari 2009.













RAZALI Ahmad memeluk dua anak tirinya, Puteri Norasikin Salleh dan Mohamad Khairi Ridwan Salleh ketika menunggu di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam untuk menuntut jenazah isterinya, Jamilah Selamat (gambar kecil), yang menjadi mangsa ragut di Taman Mekar Air Hitam, Johor. Jamilah yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma tiga hari.



Gambar di atas:- Mangsa terbaru April 2009


Mengapa peragut terus berleluasa? Berapa ramai lagi mangsa dan keluarga mangsa perlu menanggung siksa dan kehilangan akibat jenayah yang dilakukan oleh manusia tidak berakal(peragut).

oleh Mat Nun

____________________________________________

KOMEN BLOGGER